NADI Care-Studio Sihat- “Drill Self-Defense Taekwondo”
22 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2026, bermula pukul 12.00 tengahari, seorang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI Care iaitu Studio Sihat iaitu “Drill Self-Defense Taekwondo”.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas seni mempertahankan diri melalui latihan Taekwondo yang menekankan teknik tendangan, tumbukan, kawalan pergerakan dan disiplin diri. Latihan ini membantu peserta membina keyakinan diri, meningkatkan kecergasan fizikal, serta menguasai teknik asas untuk melindungi diri dalam situasi kecemasan. Selain itu, program ini turut memupuk nilai fokus, kawalan emosi dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: